" Mengapa kamu bersendirian di sini dan menangis pula?" tanya Laila binti Asim kepada anak lelakinya yang masih kecil.
Laila binti Asim adalah puteri kepada Asim bin Umar al-khatab dan istri kepada Abdul Aziz bin Marwan, gabenor mesir. Suaminya adalah adik kepada pemimpin besar Islam yang bergelar khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Perkahwinan Abdul Aziz bin Marwan dengan Laila binti Asim melahirkan seorang anak lelaki yang dberi nama Umar bin Abdul Aziz. Beliau adalah cucu kepada Umar al-khatab. Sejak kecil beliau diasuh dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan agama secukupnya. Pada usia kecil lagi beliau berjaya menghafal Quran.
Laila melihat sekeliling. Tiada sesiapa melainkan anaknya Umar seorang diri sedang menangis. "Mengapa kamu bersendirian disini dan menangis pula?"
Umar menoleh dalam sedu sedan dan mengalir air matanya." saya mengingati mati"
Laila duduk di sisi anaknya dan turut mengalirkan air mata. Mereka saling menangisi sesuatu yang bakal oleh semua orang tanpa pengecualian. Tangannya lembut mengusap kepala Umar.
" ya, kita semua akan merasai mati "
Umar dibesarkan dengan kasih sayang. Sikap cerdik dan bijaknya semakin terserlah apabila meningkat remaja. Dia minat mendalami pelbagai ilmu agama. Semasa ayahnya merancang menghantarnya menuntut ilmu, Umar memberanikan diri memberi cadangan. "Hantarlah saya ke Madinah supaya saya dapat belajar dan bergaul dengan ahli2 agama yang terkenal di sana."
Cadangan Umar disokong dan dipersetujui oleh ayahnya. Pada hari yang ditetapkan, Umar bin Abdul Aziz berangkat ke Madinah diiringi pembantu. Beliau mengisi sepenuh masanya di Madinah dengan menuntut ilmu dan mendekati ahli2 agama sehingga beliau turut tergolong dikalangan mereka.
Keperibadiannya terserlah apabila usianya meningkat dewasa. Ramai orang mula mengaitkan keperibadiaannya dgn peribadi moyangnya Umar al-khatab. Umar al-khatab adalah tokoh Islam terkenal pada zaman awal islam. Beliau adalah khalifah kedua mengantikan Abu Bakar.
Semasa Abdul Aziz bin Marwan meningal dunia, bapa saudaranya Abdul malik bin Marwan mengajak Umar Abdul Aziz tinggal bersama mereka. Kasih sayangnya kepada Umar Abdul Aziz melebihi anak2nya sendiri. Akhirnya Abdul malik menjodohkan anak perempuaannya yang bernama Fatimah dengan Umar Abdul Aziz.
Beliau juga terpilih memegang jawatan pemimpin besar Islam yang bergelar khalifah. Semasa menerima jawatan itu, beliau sabar dan bertindak dengan penuh bijaksana mengahadapi stuktur pemerintahan yang rumit dan bnyk berlaku kerosakan. Satu Demi satu perubahan dilaksankannya. Azamnya adalah mengembalikan pemerintahan seperti yang dijalankan sebelumnya. Beliau berpegang hanya pada Quran dan sunnah.
Pernah satu masa, isterinya melihat beliau di bilik sembahyang. Suaminya sedang termenung dihamparan sejadah.
" Mengapa termenung panjang begini, Wahai suamiku? " kemudian berkata Umar Abdul Aziz
" Saya dilantik memimpin orang Islam sedangkan ketika ini, masih ramai lagi yang hidup kebuluran, terbiar, masih Ada yang dizalimi dan dalam kemiskinan.."
Khalifah Umar Abdul Aziz bangun dengan beraninya perubahan Demi perubahan. Beliau membawa masyarakat Islam hidup lebih sempurna hasil didikan yang diterimanya sejak kecil yakni didikan keluarga beliau dan sifat beliau yang gemar bergaul juga belajar dgn para alim ulama'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan