Cinta seorang hamba

Cinta seorang hamba

Sabtu, 16 Februari 2019

Takut Seorang Wanita

    Disebuah daerah ada seorang lelaki yang jatuh hati dengan seorang wanita yang selalu ditemuinya setiap kali wanita itu keluar dari rumahnya bagi menguruskan keperluan harian.
      Pada suatu hari, seperti biasa wanita itu keluar dari rumahnya dan melalui jalan yang sama bagi menuju ke tempat yg dikehendaki.  Lelaki yang sering menunggu kehadiran wanita itu berasa sangat gembira apabila melihat wanita disukainya itu lalu, mengekorinya dari belakang. Apabila tiba di daerah yang sunyi kerana pada masa itu waktu malam dan kebanyakannya orang-orang yang tinggal di daerah itu sudah tidur kerana rumah mereka kelihatan gelap gelita. Lelaki yang sejak pagi tadi mengekori wanita berkenaan menahannya dan memandang wajah wanita yg menjadi pujaan hatinya itu. Maka lelaki itu pun berkata "Saya ingin bersama dgn saudari, adakah saudari sudi?  "
Wanita itu terus terperanjat dengan pertanyaan lelaki itu dan dgn tenang dia menjawab "Saudara lihat dahulu di sekeliling kawasan ini, adakah semua orang kampung sudah benar2 tidur?  "
         Lelaki itu yang menyangka wanita itu sudah memberi persetujuan dengan hajatnya itu berasa gembira. Maka dia pun meninjau sekeliling kawasan kampung itu bagi memastikan semua penduduk2 kampung benar-benar sudah tidur. Apabila dia merasa selamat kerana semua penduduk sudah tidur, lelaki itu pun mendekati wanita tersebut dan berkata dalam nada ceria "Saya yakin semua orang kampung sudah tidur".
        Kemudian wanita itu memandang lelaki yang berdiri dihadapannya seraya berkata dengan nada yang perlahan "Apakah pandangan saudara dengan ALLAH? Adakah pada masi ini Allah sedang tidur?  "
Lelaki itu terperanjat dengan pertanyaan itu lalu berkata dengan suara yang lemah "Sesungguhnya Allah pencipta makhluknya tidak pernah tidur "
Apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu wanita tersebut terus berkata "Sesungguhnya Allah tidah pernah tidur dan melihat setiap apa yang dilakukan oleh manusia.  Walaupun manusia yg lainnya tidur dan tidak dapat melihat perbuatan kita tetapi Allah sentiasa melihat kita. Maka dengan saudara, kita perlu takut kepada Allah yang Maha Melihat!"
        Lelaki itu pun berdiam diri lantas dia pun terus meninggalkan wanita itu kerana takut kepada Allah.  Apabila sampai dirumahnya,  lelaki itu terus bertaubat dan minta pengampunan dariNya. Ditakdirkan selepas itu, lelaki itu pun meninggal dunia.
Seorang lelaki yang tinggal sekampung dgn lelaki itu bermimpi bertemu dengan lelaki yang sudah meninggal itu. Dalam mimpi tersebut,  beliau bertanya kepada lelaki itu "Bagaimanakah Allah mengampunkan dosamu?  "
Maka lelaki itu pun menjawab "Allah itu teramat Penyayang dan Maha Pengasih.Dia mengampunkan segala dosaku kerana sifat takutku kepada Allah. Dan saya juga telah meninggalkan dosa yang hendak saya lakukan.. "

MORAL :
Jadi kita sentiasalah takut kepada Allah dengan cara sentiasa bertaubat kepada Nya kerana kita manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan,kealpaan dan kelalaian.. Allah sentiasa mengampuni setiap dosa hambaNya yang bertaubat, beramal soleh dan takut pada setiap azabNya. Selain daripada menasihati saudara2 kita yang lain kita juga mestilah melakukannya terlebih dahulu agar impak dan kesannya juga dapat dimanfaati dan dicontohi bagi yang lain..  seperti mana tingginya ketaqwaan seorang wanita itu mampu membuatkan lelaki itu bertaubat dengan izinNya masyaAllah!

Isnin, 18 Februari 2013

Cara Insan BerIstiqamah


 

         BerIstiqamah dalam perubahan bukanlah sesuatu yg amat mudah... So, that why we must learn how to istiqamah and we must know what a step that we take... InsyaAllah, dgn izin Nya ia akan berhasil walaupun sekecil2 amalan Insan itu pasti ada keberkatannya .. ..

1)  Jaga konsistensi Ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dgn Allah, brmakna jalankanlah tanggungjawab wajib kita sebagai seorg hambaNya.. Sebaik2nya buatlah kerana Allah smata2.. InsyaAllah, Dia akn menjaga kita.

2)  Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / menjadi solehah, tidak perlu untuk kita umumkan perubahan yang sedang kita lakukan.. Cukuplah utk berada disekeliling mereka dan set kan minda bahawa kita adalah sebahagiaan drpd mereka.

3)  Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect (muhasabah diri kita), persoalkan diri kita sendiri seperti 'kenapa, apa @ mengapa kita kena perlu bermujahadah untuk istiqamah??'.. Sebut jawapan kpd soalan2 tersebut dgn kuat agar telinga kita sendiri yang mendengarnya.

4)  Lakukan perubahan yang kecil dan termampu dahulu kerana sedikit yang berterusan lebih di sukai olh Allah berbanding ingin mlakukan bnyk tetapi tdk berterusan.. Tetapi dalam masa yang sama, push our limit sedikit demi sedikit! Ajak org lain utk berubah sama2 menjadi kan peluang berjaya lebih tinggi.

5)  Disiplin yang tegar, perlu latih diri dan terus berlatih. Percaya bahawa semua perubahan mampu dilatih.. Denda diri sekiranya gagal utk melengkapkan evaluasi ibadah sebagai peringantan bagi diri.

6)  Jangan sesekali Cuba untuk kembali kepada jahiliyah walaupun hnya sedikit, ia perlu sepenuhnya bermujahadah yg tinggi.. Jadi sentiasa Cuba utk lebih dekat kepada Allah dgn cara bnyk berzikir dan bnyk melakukan amal ibadah supaya dpt merasakan kemanisan iman. InsyaAllah, sekiranya kita sentiasa mmperaktikan, kita tidak akan ada rasa utk kembali kpd kemaksiatan dn jg kemungkaran.

7)  Doa, Doa dan terus berDoa..,,  Allahumma yaa muqallibal qulub, sabit qulubana a'la dinnik,, aaamiiinnn!! .. Sentiasa berdoa pd Allah minta kekuatan utk ikhlas dlm istiqamah.

8)  Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina.. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha utk mendekatkan diri kpdNya dan mematuhi perinyahNya..  Tidak mengapa kalau org lain lebih cantik,maju atau sebagainya asalkan kita cantik,maju dihadapan Allah, kerana keberkatan itu lebih pening.

9) Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of step and strategies utk mencapai matlamat dan perubahan.

10) Memperbanyakkan istigfar dan mengimbau/muhasabah atas kesalahan2 kita yang lalu :') 
Wahai sahabat2 sekalian,, bgitu juga saya. 


SELAMAT BERISTIQAMAH GAIS !!! 

Sabtu, 16 Februari 2013

Menangis Mengingati Mati

         
            " Mengapa kamu bersendirian di sini dan menangis pula?" tanya Laila binti Asim kepada anak lelakinya yang masih kecil.
              Laila binti Asim adalah puteri kepada Asim bin Umar al-khatab dan istri kepada Abdul Aziz bin Marwan, gabenor mesir. Suaminya adalah adik kepada pemimpin besar Islam yang bergelar khalifah Abdul Malik bin Marwan.
              Perkahwinan Abdul Aziz bin Marwan dengan Laila binti Asim melahirkan seorang anak lelaki yang dberi nama Umar bin Abdul Aziz. Beliau adalah cucu kepada Umar al-khatab. Sejak kecil beliau diasuh dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan agama secukupnya. Pada usia kecil lagi beliau berjaya menghafal Quran.

             Laila melihat sekeliling. Tiada sesiapa melainkan anaknya Umar seorang diri sedang menangis.  "Mengapa kamu bersendirian disini dan menangis pula?"
Umar menoleh dalam sedu sedan dan mengalir air matanya." saya mengingati mati"
Laila duduk di sisi anaknya dan turut mengalirkan air mata. Mereka saling menangisi sesuatu yang bakal oleh semua orang tanpa pengecualian. Tangannya lembut mengusap kepala Umar.
" ya, kita semua akan merasai mati "

            Umar dibesarkan dengan kasih sayang. Sikap cerdik dan bijaknya semakin terserlah apabila meningkat remaja. Dia minat mendalami pelbagai ilmu agama. Semasa ayahnya merancang menghantarnya menuntut ilmu, Umar memberanikan diri memberi cadangan.           "Hantarlah saya ke Madinah supaya saya dapat belajar dan bergaul dengan ahli2 agama yang terkenal di sana."
Cadangan Umar disokong dan dipersetujui oleh ayahnya. Pada hari yang ditetapkan, Umar bin Abdul Aziz berangkat ke Madinah diiringi pembantu. Beliau mengisi sepenuh masanya di Madinah dengan menuntut ilmu dan mendekati ahli2 agama sehingga beliau turut tergolong dikalangan mereka.

             Keperibadiannya terserlah apabila usianya meningkat dewasa. Ramai orang mula mengaitkan keperibadiaannya dgn peribadi moyangnya Umar al-khatab. Umar al-khatab adalah tokoh Islam terkenal pada zaman awal islam. Beliau adalah khalifah kedua mengantikan Abu Bakar.
Semasa Abdul Aziz bin Marwan meningal dunia, bapa saudaranya Abdul malik bin Marwan mengajak Umar Abdul Aziz tinggal bersama mereka. Kasih sayangnya kepada Umar Abdul Aziz melebihi anak2nya sendiri. Akhirnya Abdul malik menjodohkan anak perempuaannya yang bernama Fatimah dengan Umar Abdul Aziz.

              Beliau juga terpilih memegang jawatan pemimpin besar Islam yang bergelar khalifah. Semasa menerima jawatan itu, beliau sabar dan bertindak dengan penuh bijaksana mengahadapi stuktur pemerintahan yang rumit dan bnyk berlaku kerosakan. Satu Demi satu perubahan dilaksankannya. Azamnya adalah mengembalikan pemerintahan seperti yang dijalankan sebelumnya. Beliau berpegang hanya pada Quran dan sunnah.

              Pernah satu masa, isterinya melihat beliau di bilik sembahyang. Suaminya sedang termenung dihamparan sejadah.
" Mengapa termenung panjang begini, Wahai suamiku? " kemudian berkata Umar Abdul Aziz    
" Saya dilantik memimpin orang Islam sedangkan ketika ini, masih ramai lagi yang hidup kebuluran, terbiar, masih Ada yang dizalimi dan dalam kemiskinan.."
Khalifah Umar Abdul Aziz bangun dengan beraninya perubahan Demi perubahan. Beliau membawa masyarakat Islam hidup lebih sempurna hasil didikan yang diterimanya sejak kecil yakni didikan keluarga beliau dan sifat beliau yang gemar bergaul juga belajar dgn para alim ulama'.

              Walaupun kekayaan melimpah ruah di hadapan matanya, namun semua itu tidak menganggunya mendekati Allah s.w.t dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah kepada rakyat2nya...

Jumaat, 15 Februari 2013

Sebuah Cinta Perubahan

         
               Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah untuk Dia yang Maha Esa..Dengan izinNya, ini adalah catatan pertama bagi blog "cinta seorang hamba" pada kali ini, maaf sekiranya ada trkurang dan tersilap... :)









Sebuah cinta kpd Perubahan??,, mungkin ada yang akan bertanya... Cinta kpd Perubahan itu apa? Kenapa cinta kpd perubahan? Mcmana hendak cinta kpd perubahan?? Dan mungkin bermacam-macam yg terlintas di fikiran kita semua yang bernama insan..
Jadi, mari sama2 kita membaca sambil berfikir sejenak apakah erti perubahan..'??' 




Makna perubahan sebenarnya adalah sesuatu/ apa yang hati kita mahukan dalam keadaan penuh sedar seperti kita mginginkan kekayaan maka dgn itu kita brubah dgn cara kita lebihkan usaha dlm kerjaya kita.. Tapi apa yang hendak dimaksudkan disini bkn sekadar itu shj malah ia dilakukan (perubahan itu) bukanlah disebabkn ikut-ikutan, bukan juga kerana takut ditinggalkan sahabat2 handai atau mahukan perhatian dan tidak juga kerana suruhan orang atau takut dimarahi dan dipulaukan.. Perubahan yg dimaksudkan disini adalah menjadi kan diri kita ini lebih baik daripada semalam iaitu perubahan keaarah kebaikan.. Dan ianya juga dilakukan semata-mata kerana Nya dan mendapat keredhaanNya..           Percaya lah wahai sahabat2 sekalian jika perubahan yg dilakukan tanpa ada kaitan diatas dan juga istiqamah maka perubahan itu hanyalah sia sama sekali.