Cinta seorang hamba

Cinta seorang hamba

Sabtu, 16 Februari 2019

Takut Seorang Wanita

    Disebuah daerah ada seorang lelaki yang jatuh hati dengan seorang wanita yang selalu ditemuinya setiap kali wanita itu keluar dari rumahnya bagi menguruskan keperluan harian.
      Pada suatu hari, seperti biasa wanita itu keluar dari rumahnya dan melalui jalan yang sama bagi menuju ke tempat yg dikehendaki.  Lelaki yang sering menunggu kehadiran wanita itu berasa sangat gembira apabila melihat wanita disukainya itu lalu, mengekorinya dari belakang. Apabila tiba di daerah yang sunyi kerana pada masa itu waktu malam dan kebanyakannya orang-orang yang tinggal di daerah itu sudah tidur kerana rumah mereka kelihatan gelap gelita. Lelaki yang sejak pagi tadi mengekori wanita berkenaan menahannya dan memandang wajah wanita yg menjadi pujaan hatinya itu. Maka lelaki itu pun berkata "Saya ingin bersama dgn saudari, adakah saudari sudi?  "
Wanita itu terus terperanjat dengan pertanyaan lelaki itu dan dgn tenang dia menjawab "Saudara lihat dahulu di sekeliling kawasan ini, adakah semua orang kampung sudah benar2 tidur?  "
         Lelaki itu yang menyangka wanita itu sudah memberi persetujuan dengan hajatnya itu berasa gembira. Maka dia pun meninjau sekeliling kawasan kampung itu bagi memastikan semua penduduk2 kampung benar-benar sudah tidur. Apabila dia merasa selamat kerana semua penduduk sudah tidur, lelaki itu pun mendekati wanita tersebut dan berkata dalam nada ceria "Saya yakin semua orang kampung sudah tidur".
        Kemudian wanita itu memandang lelaki yang berdiri dihadapannya seraya berkata dengan nada yang perlahan "Apakah pandangan saudara dengan ALLAH? Adakah pada masi ini Allah sedang tidur?  "
Lelaki itu terperanjat dengan pertanyaan itu lalu berkata dengan suara yang lemah "Sesungguhnya Allah pencipta makhluknya tidak pernah tidur "
Apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu wanita tersebut terus berkata "Sesungguhnya Allah tidah pernah tidur dan melihat setiap apa yang dilakukan oleh manusia.  Walaupun manusia yg lainnya tidur dan tidak dapat melihat perbuatan kita tetapi Allah sentiasa melihat kita. Maka dengan saudara, kita perlu takut kepada Allah yang Maha Melihat!"
        Lelaki itu pun berdiam diri lantas dia pun terus meninggalkan wanita itu kerana takut kepada Allah.  Apabila sampai dirumahnya,  lelaki itu terus bertaubat dan minta pengampunan dariNya. Ditakdirkan selepas itu, lelaki itu pun meninggal dunia.
Seorang lelaki yang tinggal sekampung dgn lelaki itu bermimpi bertemu dengan lelaki yang sudah meninggal itu. Dalam mimpi tersebut,  beliau bertanya kepada lelaki itu "Bagaimanakah Allah mengampunkan dosamu?  "
Maka lelaki itu pun menjawab "Allah itu teramat Penyayang dan Maha Pengasih.Dia mengampunkan segala dosaku kerana sifat takutku kepada Allah. Dan saya juga telah meninggalkan dosa yang hendak saya lakukan.. "

MORAL :
Jadi kita sentiasalah takut kepada Allah dengan cara sentiasa bertaubat kepada Nya kerana kita manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan,kealpaan dan kelalaian.. Allah sentiasa mengampuni setiap dosa hambaNya yang bertaubat, beramal soleh dan takut pada setiap azabNya. Selain daripada menasihati saudara2 kita yang lain kita juga mestilah melakukannya terlebih dahulu agar impak dan kesannya juga dapat dimanfaati dan dicontohi bagi yang lain..  seperti mana tingginya ketaqwaan seorang wanita itu mampu membuatkan lelaki itu bertaubat dengan izinNya masyaAllah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan